Sebelum aku mengenali spesis burung lain.....
Yang menjadi kegilaan dan kecintaan aku adalah Serindit......
Hati aku tak pernah terlintas nak memelihara burung jenis lain.....
Sehingga lah aku terjumpa forum yang kini menjadi forum kegemaran aku....
Malaysia Bird Forum
Bila membaca setiap post dalam forum tersebut......
Hati aku mula tercuit pada Lovebird dan Cockatiel......
Tapi pada aku, harganya terlalu mahal.....
Denak yang bersama aku selama 7 tahun
Denak serindit aku ni dah tak tahu berapa kali berjaya membunuh (memikat) serindit liar.....
Denak ini aku dapat semasa aku menahan pukat di dusun pada musim durian & Rambutan....
Pernah terjual pada bapa sedara aku.... Tapi atas hikmah dari Allah S.W.T....
Aku berjaya tebus balik denak ni dari pak sedara aku.....
Aksi-aksi si Denak ketika di ambil gambar......
Aksi Samersof
Dalam Jebak
Bersedia nak memikat
No comments:
Post a Comment